10/06/2009

Pengalaman Bersalin

Di ruangan ini, kita akan kongsikan pengalaman bersalin yang pernah dialami...mungkin apa yang berlaku pada kita, akan dihadapi oleh org lain...

Aku masih ingat kepala Amir yang bengkak umpama alien...matanya sepet. Kenapa wajahnya tidak seperti wajah bayi lain..? Itulah persoalan pertama yang terlintas dibenakku setelah 9 hari aku melahirkankannya. Wajah bayi berkulit cerah itu seolah-olah ingin memberitahuku betapa sakit badannya diselirati tiub oksigen. Apapun aku pasrah. Aku hanya mampu berdoa...Ya Allah, kau selamatkanlah anak ku ini. Aku yakin Amir juga kuat orangnya. Kenapa begini jadinya. Aku tidak rasa sakit langsung ketika diarahkan ke hospital..kononnya aku telah terlebih hari. Aku telah maklumkan doktor tentang kitaran haidku yang melebihi 40 hari. Mana mungkin aku mengandungkan Amir pada tarikh seminggu seminggu sebelum aku berkahwin. Namun kata doctor itu bukan masalah. 3 kali aku diinduce namun jalan hanya terbuka 2 cm. Air ketuban dipecahkan namun keadaan masih tidak berubah. Jam 3 petang aku dimasukkan ke bilik bersalin. Nurse yang ada berbisik, masih jauh lagi...maknanya rahimku masih tebal. Jam 11 malam , jika tidak bersalin juga, aku akan dioperate. Makin lama kesakitan makin terasa. Aku tidak mampu lagi menahan kesakitan. Akhirnya doktor memberikan aku gas penahan sakit. 2 kali sedut, aku terus hanyut. Dlm keadaan mamai, aku sempat bermimpi utk bertemu suami, aku tak nak mati lagi...hingga nurse menyuruh aku mengucap.... jam 5 pagi aku dikejutkan oleh doktor. Aku disuruh untuk meneran...tapi aku tak tahu cara. Caraku salah...( ibu-ibu yg mengandungkan anak sulung..belajarlah cara meneran dari sekarang....teran dan rasa sakit pada bahagian ulu hati bukan rasa pada kepala anda..kini aku dah pandai...) Puas meneran dlm keadaan separa sedar, aku masih gagal kerana teknikku salah. Bayiku makin lemah....keadaan makin kalut...aku masih ingat seorang nurse memelukku dan membisikkan kata-kata semangat...aku sedar namun aku tak berdaya lagi..akhirnya anakku diforcep...tanpa suara...aku hanya dengar keadaan kelam kabut. baby i boy or girl nurse? Mmmm....nurse pun tak tahu kerana amir terus dibawa ke unit rawatan rapi...aku tak sempat menatap bayiku. Pukul 8 pagi Amir dihantar ke hospital Alor Setar. Sampai di SP, ambulan yg membawa Amir terbakar enjinnya....( macam2 ). Otaknya bengkak akibat forcep...doc kata Amir akan cacat...sbb dah beberapa kali dia sawan....namun kuasa Allah...5 tahun berlalu...Amir kenal ABC dengan hnya bermain-main dirumah ketika berusia 3 thn..now dia sudah boleh mbaca...cuma malas sbb selalu tgok kartunnn.....dan bergaduh untuk berebut channel dgn aku.....

2 comments:

  1. Jika anda ada cerita..kongsikan di sini....

    ReplyDelete
  2. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman mengandung & melahirkan anak songsang (obliq-lie) 10th lalu

    Saya di sahkan mengandung anak songsang ketika kandungan berusia 36~37 minggu..
    oleh doktor pakar..
    Saya di nasihatkan sentiasa berhati2 dgn tanda2 bersalin.. kerana menurut dr pakar, saya boleh bersalin normal..Perlu datang ke hospital dgn segera jika trdpt tanda2..

    Faktor kandungan kedua saya songsang adalah kerana
    1) jarak kandungan kedua adlah 5th
    2) kandungan sulong besar -baby boy 4kg
    3) kandungan kedua dia agak oleh dr kecil sedikit.. (masa lahir 3.56kg-girl)

    Faktor dr pakar menyatakan saya boleh bersalin normal
    1) masih ada ruangan & air ketuban masih bnyk
    2) dr pakar telah cuba memusingkan baby dlm kandungan saya pada kedudukkan
    untuk bersalin normal, malangnya hanya beberapa saat selepas berada di kedudukkan "enggaged"
    baby berpusing semula pada kedudukkan songsang..
    2) fizikal saya yang bersaiz besar & usia masih muda..(masa tuulah)
    3) tiada masalh kesihatan lain, saya di minta dtg ke hospital bila ada apa jua tanda melahirkan

    Pada usia kandungan 38 minggu saya telah bersalin..(baby masih songsang/serong)
    saya telah ada tanda2 melahirkan & menakjubkan saya sendiri mendapat pengalaman bgaimana kita boleh tahu bahawa pintu rahim/faraj sedia utk melahirkan..
    Sayangnya saya terlewat tiba di hospital kerana anak sulung saya kemalangan di sekolah dan
    memerlukan rawatan jahit di dagu.. hati seorang ibu..tak sanggup tingglkan anak sedang kesakitan..
    saya tunggu dia siap dpt rawatan baru saya ke hospital..
    Tiba di hospital.. saya tak sempat lagi masuk bilik bersalin.. air ketuban sudah pecah..
    dan dah ada "jalan" sudah buka 8.. malangnya kaki baby yang nampak..
    dan saya tidak berjaya melahirkan anak kedua secara normal..kerana terlewat..:((
    tapi saya dapat berkongsi pengalaman dgn rakan2 di sini..

    Pesan saya pada para ibu yg mengalami kandungan songsang..
    Bila dr. pesan suruh ke hospital jika ada tanda2 kelahiran.. silalah pergi secepat mungkin.

    sumber : yahoogroup ibu

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas sebarang komen anda.